Kenapa Ejen Takaful tak boleh ‘survive’?

Kerjaya sebagai seorang perunding takaful merupakan kerjaya profesional yang menawarkan pelbagai manfaat. Bukan sahaja manfaat kebebasan kewangan,tetapi juga kebebasan maSuccesssa dan bebas tekanan. Bahkan bagi seorang muslim, kerjaya takaful adalah kerjaya yang boleh memberi anda peluang untuk melakukan kebajikan dunia dan akhirat.

Namun, mengapakah ramai ejen takaful yang sangkut di pertengahan jalan? Ramai yang bermula dengan semangat menggunung, namun kecundang gagal ke penghujung.

Semangat perjuangan hanya seketika, bak kata pepatah ‘hangat-hangat tahi ayam’, ibarat mimpi semalaman yang hilang di subuh hari.

Saya memerhati dan mengkaji. Antara punca ejen takaful tidak boleh ‘servive’ ialah kerana mermotivasieka tidak dapat momentum untuk terus menghayunkan langkah dalam bidang ini. Saya beri gambaran seperti kisah di bawah:

Ali merupakan seorang pegawai bank yang baru berusia 30 tahun. Suatu hari dia mendapat jemputan daripada rakan karibnya untuk menyertai satu seminar perniagaan. Terpanggil untuk melakukan perubahan dalam kehidupan, Ali bersetuju untuk menyertai seminar tersebut.

“Semasa seminar berlangsung, Ali terpesona dengan kata semangat dan peluang kejayaan yang di war-warkan oleh penceramah. Semangat untuk dia melakukan perubahan dalam kehidupan semakin membuak-buak.”

“Sabaik sahaja tamat seminar, Ali merasakan dirinya seperti dilahirkan semula dengan semangat perjuangan yang membara di dalam diri untuk menjadi orang yang hebat dan berjaya. Semalaman Ali tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan peluang kejayaan. Dia seakan tidak sabar untuk bangun pada hari esok.”

Ali membuat keputusan untuk menjadi ejen takaful separuh masa. Setelah lulus peperiksaan motivasi2asas takaful, beliau menandatangani kontrak untuk menjadi ejen takaful dengan salah sebuah pengendali takaful tempatan.

Dengan panduan dan bimbingan ketua agensinya, dalam tempoh sebulan yang pertama, Ali berjaya mengajak 3 orang rakannya menyertai pelan takaful.

Namun pada bulan kedua, kesibukan kerja sebagai seorang pegawai bank agak membataskan pergerakkan Ali. Dia keluar berkerja seawal pukul 7.30 pagi dan pulang ke rumah sekitar pukul 8 malam.

Pada bulan kedua dan ketiga tiada jualan (pemasaran) yang dia lakukan. Bukannya Ali tidak berusaha, tetapi dia tidak sempat berusaha akhibat masa yang terbatas.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, akhirnya semangat untuk menjadi ejen takaful yang berjaya sudah pudar dalam diri Ali. Pelanggan sedia ada tidak sempat dilayan, pelanggan baharu tiada masa untuk dicari.”

Apa yang dapat saya simpulkan daripada cerita

Untuk berjaya ada harganya. Ia perlu kepada kesungguhan (desire), pengorbanan, usaha, perancangan. Perlu ada ilmu, panduan, dan tunjuk ajar. Anda perlu ada mentor. Anda perlu pastikan semangat dan tahap motivasi anda sentiasa berada pada tahap tertinggi. Carilah faktor motivasi untuk menjadi dorongan anda berjaya. Ibu bapa, isteri/suami,anak-anak, dan adik beradik adalah antara contoh faktor motivasi yang boleh membantu anda mengekalkan semangat merubah kehidupan.

‘Anda mempunyai potensi yang mungkin belum anda ketahui’

‘Anda berhak hidup senang dan bahagia’

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s