JANGAN PAKSA ORANG AMBIL TAKAFUL

‘Jangan Paksa Orang Ambil Takaful’, inilah prinsip yang saya pegang sepanjang penglibatan saya dalam bidang perundingan kewangan.

Manusia tidak suka dipaksa, perkara yang dilakukan secara paksa tidak akan bertahan, atau tiada kualiti.

Dalam usaha mendekati masyarakat, saya lebih suka kepada pendekatan ‘Mendidik dan Berkongsi ilmu’. Ia tidak akan menyakitkan hati orang dan tidak akan mengecewakan diri sendiri.

Saya pernah, berurusan dengan seorang individu yang pada awalnya sangat berkehendakkan pelan perlindungan takaful untuk diri, keluarga dan perniagaannya.

Saya menghubunginya sebanyak tiga kali, namun beliau memberikan alasan masa dan kesibukan kerja untuk tidak berjumpa. Saya dapat merasakan bahawa itu adalah sekadar ‘dalih untuk mengatakan tidak’.

Dipenghujung perbualan yang terakhir, saya tinggalkan pesanan, “Jika encik free dan bersedia, sila hubungi saya ye’ .Saya akhiri perbualan dengan senyuman dan berbisik dihati,’Belum rezeki dia untuk dibantu’.

Jika anda persis menghubungi prospek berulang kali, mungkin mereka akan merasa terganggu dan ini akan meningkatkan daya lawan mereka untuk menjauhi anda.

Kesimpulannya,  kenapa perlu dikejar prospek ‘tegar’ sendangkan anda ada ramai lagi prospek berkualiti yang mesti dihubungi dan dibantu.

By mudahtakaful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s