KURSUS TBE BERKESAN

Proses merekrut dalam dunia Takaful merupakan proses awal untuk melahirkan usahawan. Ianya sangat mencabar dan memerlukan perancangan yang teliti.

Rekrutmen adalah satu proses yang mesti dilakukan secara berterusan bagi memastikan kelansungan agensi. Persediaan peperiksaan TBE merupakan salah satu perkara yang wajib diberi penekanan dalam proses rekrutmen. Kegagalan prospek ejen untuk lulus TBE boleh menggagalkan proses rekrutmen, bahkan ia boleh mematikan semangat prospek ejen untuk menjadi usahawan takaful.

Justeru, mudahkah proses rekrutmen anda dengan bantuan kami. Sertai kursus persediaan TBE untuk membantu anda atau bakal konsultan anda ltbe1ulus Peperiksaan Asas TBE. Kami menawarkan kelas tutorial TBE yang telah terbukti berkesan dalam membantu calon lulus peperiksaan TBE.

Kelas tutorial ini bukan sahaja akan membantu calon untuk lulus peperiksaan TBE, bahkan jurulatih akan memberi panduan dan suntikan motivasi untuk calon berjaya dalam bidang takaful.

JURULATIH BERPENGALAMAN

Bimbingan oleh jurulatih berpengalaman akan memberikan suasana pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan diselaraskan mengikut latar belakang calon. Nota mudah dan contoh latihan turut akan dibekalkan kepada calon.

Yuran adalah berdasarkan jangkamasa latihan.  Untuk sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada mudahtakaful@ymail.com.

tbe2

 

Sila isikan maklumat di bawah untuk tempahan latihan.

 

18 comments on “KURSUS TBE BERKESAN

  1. ASSALAMUALAIKUM
    SAYA BERMINAT UNTUK MENJADI AGENT INSURAN TAKAFUL DAN SAYA NAK MERUBAH KEHIDUPAN SAYA.SAYA BUKAN ORANG SENANG.HARAP DAPAT BANTUAN DAN TUNJUK AJAR SAYA.

    • Salam Rohawati. Maaf lambat balas. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana saudari dianugerahkan perasaan ingin berubah dan mengubah kehidupan. Jika saudari berminat, boleh PM contact num dan saya akan hubungi kemudian.

  2. saya gagal dlm exam hari ini..kerana semua sebab2 diats..last minute..saya bakal mngambil exam lagi..dan harapan nk lulus.
    macam mana pihak anda boleh bantu saya dlm kursus ini? trima kasih

  3. Saya sudah 3 Kali ambil exam tapi masih gagal..10 Mac ni saya ikuti exam lagi kali 4 saya tetap tidak putus asa bole beri saya tips bagaimana utk saya lulus exam ini. Kerana apa yg kita study tapi soalan nye tak sama keluar semasa exam..buat kita jadi keliru..harap dpt membantu saya..tq

  4. Saya sudah ikuti exam 3 Kali tapi gagal kali ke 4 ni saya ikuti lagi Mac ni, sy tetap tidak putus asa bole beri saya tips utk lulus dlm exam..

  5. Smlm saya gagal lg Kali yg ke 4 saya rasa give up pulak nk amik lg..sy rasa kecewa sgat kerana sy buat study Dan latih soalan tubi tpi masih gagal lg..setiap exam yg sy ambil ke semua soalan berlainan..mslah nye pihak takaful tak print out soalan yg kita selesai jawab tu at lease kita tau di mana kelemahan jawapan kita..nk amik exam keluar duit lagi..sy hrap sgat pihak takaful brkongsi tips atau cara mcm mana nk lulus exam ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s