PELUANG MENJADI USAHAWAN TAKAFUL

 

Industri Takaful sedang berkembang pesat dengan menyaksikan kadar pertumbuhan yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Walaupun pertumbuhan industri takaful semakin pesat, namun kadar penembusan takaful di dalam masyarakat masih terlalu rendah. Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA), pada tahun 2014 kadar penembusan takaful hanyalah 14% jika dibandingkan dengan kadar penembusan insurans iaitu 54%.professional-networks

Selain daripada tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan takaful yang masih rendah, faktor kekurangan Perunding Takaful Profesional juga turut menjadi penyebab mengapa kadar penembusan pasaran takaful masih lagi rendah.

Justeru, menyedari pentingnya perancangan risiko dalam kehidupan dan melihat kepada peluang kejayaan yang besar dalam bidang ini, kami ingin menjemput anda untuk menjadi Perunding Takaful Profesional.

Jika anda berminat untuk:

  1. Membantu dan mengubah nasib masyarakat
  2. Membantu dan mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik
  3. Jika anda ingin menjadi seorang Perunding Kewangan Professional

Sertai kami dalam program pembangunan usahawan takaful. Latihan dan pemantauan akan diberikan sehingga anda berjaya.

Kami akan menyediakan:

  1. Latihan tutorial TBE komprehensif untuk membantu anda lulus Peperiksaan Asas Takaful
  2. Latihan asas permulaan sebagai Perunding Takaful
  3. Latihan komprehensif tentang produk, konsep jualan, dan kaedah pembentangan jualan
  4. Bimbingan melakukan pemasaran melalui ‘Joint Field Work’

Sila isikan maklumat di bawah untuk tempahan latihan.