TAKAFUL BASIC EXAMINATION (TBE)

23 DEC 2015

(Anda ingin menjadi Perunding Takaful, jom saya bantu anda dari A hingga Z)
(Saya bantu anda untuk duduki TBE, Saya bantu anda untuk langkah seterusnya)
HUBUNGI MUDAHTAKAFUL ; 019-690 2930 / EMEL mudahtakaful@gmail.com

Sudah tiga tahun perlaksanaan modul Peperiksaan Asas Takaful yang dikendalikan oleh IBFIM. Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya ada banyak peningkatan kadar kelulusan peperiksaan. SecarTBE notesa purata, kadar kelulusan adalah sekitar 70% ke 80% setakat Oct 2015.

Walaupun kadar kelulusan sudah mencapai tahap yang agak memuaskan, saya berharap pihak IBFIM dapat memantau beberapa perkara:

  1. Ketegasan Pengawas peperiksaan
  2. Penyamaran calon
  3. Penipuan calon

Pertama, ada sesetengah lokasi peperiksaan yang hanya dipantau oleh Pengawal Keselamatan dan ini sudah tentu membuka ruang yang luas untuk calon melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan peperik
saan.

Kedua, ada juga kejadian yang melibatkan penyamaran calon. Calon sebenar mengupah atau menghantar wakil untuk menduduki peperiksaan TBE. Puncanya sudah tentu kerana tiada ketegasan daripada pengawas peperiksaan. Cuba banyangkan jika pengawas peperiksaan hanyalah seorang Pengawal Keselamatan, adakah mereka akan memantau secara teliti atau telus 100%?

Ketiga, Penipuan calon turut berlaku di sesetengah lokasi. Ada yang membawa nota ke dalam bilik peperiksaan. Bahkan ada yang bercerita bahawa mereka membawa dan merujuk buku semasa peperiksaan. Ada juga yang sempat membuat panggilan telefon atau menghantar SMS/Whatsapp untuk bertanyakan jawapan. Saya send
iri pernah diajukan soalan melalui SMS daripada calon yang sedang menduduki peperiksaan TBE (namun saya baikan).

Saya ingin menegaskan, modul TBE adalah sangat komprehensif dan mengandungi pelbagai cabang ilmu yang berguna kepada bakal perunding kewangan. Dan ia merupakan pendedahan awal bagi melahirkan Perunding Takaful yang berkualiti.

Namun jika isu di atas tidak dilesaikan, hasrat untuk melahirkan Perunding Kewangan yang berkualiti tidak akan tercapai. Sebaliknya, kepincangan integriti ini boleh melahirkan Perunding Kewangan yang juga tidak berintegriti.

Jika anda berminat untuk menjadi Perunding Kewangan Islam, kami boleh membantu anda. Kami menyediakan latihan persediaan peperiksaan TBE sehinggalah Latihan produk dan jualan untuk anda berjaya dalam bidang ini.

Hubungi kami untuk penerangan percuma.

 

14 FEB 2014 (Friday)
New TBE Silibus Mac 2014
imagesCA3BDLQH

Untuk pengetahuan anda, silibus baharu Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dijangka akan diguna pakai bermula pertengahan Mac 2014.

Daripada penelitian saya, alhamdulillah banyak penambahbaikan dan penyusunan semula telah dilakukan. Jumlah bab masih lagi kekal iaitu ada 13 bab untuk bahagian A dan 15 bab untuk bahagian
C. Manakala Bahagian B pula terdapat sedikit perubahan. Sebelum ini bahagian B mengandungi 6 bab, namun kini ianya bertambah menjadi 7 bab kerana ada bab tertentu yang dipecah dan dikembangkan.

Secara keseluruhannya, silibus TBE yang baharu tetap menarik dan komprehensif. Ia merupakan persediaan dan permulaan yang bagus untuk melahirkan seorang perunding takaful yang berpengetahuan dan profesional.

Saya menyediakan kursus komprehensif untuk persediaan calon menduduki peperiksaan TBE khususya untuk Bank-bank yang mempunyai saluran Bankatakaful. Saya akan menjelaskan dengan terperinci format peperiksaan, format soalan, teknik menjawab soalan dan kaedah persediaan peperiksaan. Jika berminat, sila hubungi saya.

03 April 2013
TAKAFUL BASIC EXAMINATION (TBE)

Takaful Basic Examination (TBE) atau Peperiksaan Asas Takaful merupakan satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan dalam mempromosi produk-produk dan perkhidmatan takaful.

Ramai orang mengatakan format TBE yang baharu ini adalah susah dan sukar untuk lulus. Kalau anda tanya pada saya, saya akan katakan ianya tidak susah, cuma agak mencabar.

Secara perbandingan kalau kita bandingkan format TBE yang lama, ianya hanya mengandungi 11 bab sahaja. Berikut merupakan senarai topik dalam format TBE terdahulu:

Bab 1 Pengenalan Takaful

Bab 2 Pengenalan Muamalat Islam

Bab 3 Takaful – Prinsip & Pengendalian Operasi

Bab 4 Perbandingan Insurans & Takaful

Bab 5 Industri Takaful di Malaysia

Bab 6 Perundangan & Penyeliaan Industri Takaful di Malaysia

Bab 7 Konsep Risiko

Bab 8 Takaful Semula (Retakaful)

Bab 9 Ejen Takaful

Bab 10 Pemasaran & Perkhidmatan Selepas Jualan
Bab 17 Takaful Perubatan dan Kesihatan

Untuk format TBE yang baharu, ianya mengandungi 28 bab dan dibahagikan kepada Bahagian A dan Bahagian C (untuk certificate for Family License). Sekiranya ejen ingin memasarkan produk berkaitan General Takaful, maka ia perlu mengambil bahagian C. Berikut adalah senarai Bab TBE format baharu:

PART A

Chapter A1 – Introduction to Islamic Muamalat

Chapter A2 – Concept of Risk

Chapter A3 – Introduction to Takaful

Chapter A4 – Comparison between Takaful and Conventional Insurance

Chapter A5 – Principles and Business Model of Takaful

Chapter A6 – Development and Supervision of Takaful Industry in Malaysia

Chapter A7 – Retakaful

Chapter A8 – Takaful Intermediaries

Chapter A9 – Introduction to Medical and Health Takaful

Chapter A10 – Types of Medical and Health Takaful

Chapter A11 – Underwriting Medical and Health Takaful

Chapter A12 – Certificate Administration

Chapter A13 – Medical and Health Takaful Claims

PART C

Chapter C1 – Family Takaful Preliminaries

Chapter C2 – Family Takaful Plans

Chapter C3 – Family Takaful Practices: Certificate Terms and Conditions

Chapter C4 – Family Takaful Practices: New Business – Rating

Chapter C5 – Family Takaful Practices: Monitoring the Takaful Fund

Chapter C6 – Family Takaful Practices: Certificate Documents

Chapter C7 – Family Takaful Practices: Claims

Chapter C8 – Family Takaful Practices: Some Mathematical Methods

Chapter C9 – Key Considerations in Investment-Linked Takaful Plan

Chapter C10 – Types Of Investment-Linked Takaful Plan

Chapter C11 – Structure Of Investment – Linked Funds

Chapter C12 – Benefit and Risk

Chapter C13 – Taxation and Law Covering Investment Link Takaful Plan

Chapter C14 – Identifying and Establishing Customer Needs

Chapter C15 – Family Takaful Practices: Marketing and Services, Ethics and Code of Conduct

Sekali pandang, saya bersetuju mengatakan topik dalam modul TBE agak berat dan mencabar. Namun, dalam masa yang sama, saya bersetuju kandungan module TBE yang baharu ini sangat ”Conprehensive” untuk menyediakan pengetahuan dan maklumat awal kepada bakal ejen Takaful.

Daripada pengamatan dan pemerhatian saya, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar kegagalan calon-calon TBE:
1.Tidak membaca rujukan utama TBE (Buku Teks TBE)
2.Membuat ulangkaji ‘last minute’
3.Baca buku, tetapi tidak dapat memahami (kerana tiada asas, dan tidak mengikuti kelas tutorial TBE)

Bagi saya, ada beberapa tips yang boleh diikuti oleh calon TBE sekiranya mereka ingin lulus. Antaranya:
1.Membaca buku TBE
2.Menghadiri kelas tutorial TBE
3.Latih tubi soalan TBE
4.Membaca slide presentation (persediaan akhir)

Untuk pengetahuan anda, dalam module TBE ada banyak terms dan perkataan yang memerlukan kepada penerangan lanjut. Justeru, amat penting untuk calon TBE menghadiri kelas tutorial TBE. Dalam proses pembelajaran, untuk anda mudah mengingati sesuatu perkara, anda perlu memahaminya.

Moga bermanfaat dan Selamat Maju Jaya

12 June 2013
Peperiksaan Asas Takaful (TBE) Kenapa tak lulus lagi….

Peperiksaan Asas Takaful atau TBE telah masuk masuk tahun yang kedua. Bermula pada April tahun 2012, sekarang (Jun 2013) sudah pun setahun dua bulan.

Pada pemerhatian saya, ramai lagi yang masih mengeluh mengatakan modul TBE ini adalah susah. Sehinggakan ada yang dah sampai tujuh kali menduduki peperiksaan, tetapi masih belum lulus. Dimana silapnya?

Pada pandangan saya, kandungan mudul TBE sekarang sememangnya cukup komprehensif. Secara peribadi, saya bersetuju (70%) dengan silibus yang ada, cuma ada beberapa bab yang perlu dipertimbangkan semula.

Selain daripada itu, saya merasakan format peperiksaan yang mengandungi 100 soalan dan perlu dijawab dalam masa 2 jam adalah tidak sesuai. Kalau kita imbas, format yang lama; cuma ada 50 soalan dan perlu dijawab dalam masa 2 jam. Tambahan lagi format yang baharu ini ada 28 bab sedangkan yang lama cuma ada 11 bab sahaja (untuk family license). Mungkin IBFIM boleh menambah waktu peperiksaan daripada 2 jam kepada 3 jam.

Selesai komen berkenaan dengan modul. Ayuh kita lihat dari sudut yang lain pula. Untuk memastikan anda lulus peperiksaan TBE ini, paling penting adalah bagaimana anda melakukan persiapan. Kalau sekiranya tarikh peperiksaan anda esok dan hari ini baru anda nak buka dan baca buku. Memang jelas peratusan untuk gagal 90%.

Ada juga calon yang membuat persiapan dengan hanya melakukan latihtubi soalan. Untuk kaedah ini, kalau format yang lama, mungkin saya boleh bersetuju mengatakan anda boleh lulus. Tetapi untuk format yang baharu ni, janganlah hanya bergantung pada contoh soalan. Contoh soalan yang anda ada belum tentu sama dengan soalan yang akan keluar. Tambahan pula mudul TBE ni ada 28 bab. Maknanya kalau anda buat latihtubi untuk seribu soalan mungkin ada kemungkinan berjaya. Tetapi kalau sekadar 100 contoh soalan, hhm…tak cukup membantu.

Cara terbaik sudah tentu adalah dengan membuat persiapan awal dan melakukan kombinasi antara membaca buku, hadiri kelas tutorial dan latih tubi soalan. Dan jangan lupa doa dan tawakal..

InsyaAllah anda boleh berjaya

20August 2013
Takaful Basic Examination akan ditambah baik???

Pada bulan ini (August 2013)Takaful Basic Exam (TBE) dengan format baharu telah pun menjangkau usia satu tahun dan empat bulan.

Daripada sumber yang saya rujuk, peratusan kelulusan TBE masih lagi ditahap yang kurang memuaskan.

Beberapa tinjauan telah dibuat untuk melihat maklum balas daripada industri tentang format TBE yang baharu. Ada yang bersetuju dan menyokong format baharu kerana ingin insdutri melahirkan ejen takaful yang berkualiti. Namun, ramai juga yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana ramai bakal ejen mereka tidak lulus dan ini membantutkan agensi mereka untuk berkembang.

Apakah solusinya?

Dalam tempoh terdekat ini, Format TBE akan diteruskan seperti biasa. Susah atau senang, kita semua perlu menghadapinya.

Tetapi saya yakin, dalam tempoh terdekat format TBE akan di tambah baik. Ditambah baik bukan beerti TBE akan dipermudahkan untuk lulus. Tambah baik ini bermaksud, kemungkinan silibus TBE akan diperkemas. Topik yang tidak berkaitan dengan ejen mungkin dikeluarkan. Begitu juga topik yang berulang.

Kesimpulannya, kita ingin melihat industri berkembang, namun dalam masa yang sama kita ingin melahirkan ejen yang berkualiti dan professional.

 

11 Jan 2015- Menyemak Keputusan TBE dan Mendapatkan Sijil

Ramai yang betanya bagaimana menyemak keputusan dan  di mana hendak mendapatkan sijil kelulusan TBE.  imagesCA3BDLQH

Peperiksaan TBE dijalankan secara berkomputer dan dalam talian. Keputusan akan diperolehi serta merta sebaik sahaja calon selesai menjawab semua soalan dan menghantarnya (submit).

Manakala sijil TBE akan dihantar melalui pos ke alamat yang anda berikan sewaktu mendaftar. Jika tidak memperolehinya, anda boleh menghubungi pihak IBFIM untuk menyemak lanjut.

Ada juga yang bertanya tentang nota TBE. Nota TBE disediakan secara ‘online. Sewaktu mendaftar TBE, anda akan diberikan kata laluan dan ID melalaui email. Gunakan ID dan kata laluan tersebut untuk membuka e-book yang disediakan.

Selamat Maju Jaya

68 comments on “TAKAFUL BASIC EXAMINATION (TBE)

  1. salam.. saya nk mintak pandangan skit.. saya seorang kakitangan kerajaan ingi cari kerja sambilan.. dengan menjadi agen sesuai tak.?

  2. salam, saya ingin mengambil ujian untuk Part B sahaja, adakah TBE menyediakan nota atau soalan ramalan untuk bahagian B?tq

    • Ye memang ada. Setelah and mendaftar exam, nota akan dibekalkan kepada anda. Atau anda akan diberikan ID untuk excess kepada portal Ibfim untuk dapatkan nota tu. Soalan sample, anda perlu daptkan daripada syarikat yang bakal anda wakili.

  3. Salam..saya bakal menduduki peperiksaan pada bulan 6. Tetapi saya tak dapat cari contoh soalan untuk TBE.. Saya minta jasa baik pihak tuan/puan. Saya ingin mohon bantuan. Jika pihak tuan/puan ada contoh soalan serta jawapan, boleh tak email kepada saya? Saya amat memerlukannya.. Terima kasih😉

    • Salam, jika saudari bakal menjadi ejen, saya cadangkan agar saudari rujuk kepada bakal ketua saudari atau pun rujuk kepada bakal syarikat yang saudari akan wakili. Sudah tentu mereka punyai apa yang saudari cari.

  4. saya bakal memduduki peperiksaan TBE pada 12/10/2014 di open universiti syeksyen 7 bandar baru bangi.Boleh doakan saya lulus dalam peperiksaan dan tolong email soalan yang biasa akan di tanya pada peperiksaan TBE untuk menjadi wakil takaful keluarga.jbh@ukm.edu.my

    • Salam tuan Jamal. Saya cadangkan tuan baca nota yang diberikan oleh IBFIM. Tuan boleh dapatkan nota tu di portal TBEexam. Masuk menggunakan ID dan password yang IBFIM berikan ketika tuan membuat pendaftaran. Semoga berjaya…

  5. saya dalam perancangan untuk ambil exam .
    tengah study ..harap2 lulus lah..
    syarikat insurans apa yang paling ok ye utk kita wakili..?

    • Alhamdulillah..ada inisiatif untuk melakukan perubahan dalam hidup..saya doakan moga tuan berjaya..Berkenaan soalan tuan, syarikat insurans manakan yang terbaik untuk diwakili? Jawapannya agak subjektif dan panjang huraianya. Secara ringkas, cari syarikat takaful, cari syarikat yang produknya mampu milik, harga berpatutan, ada aplikasi hibah…banyak lagi sebenarnya..tuan kita nilai juga dari sudut pengurusan agensi syarikat, juga ketua agensi tuan nanti..moga berjaya ya…

      • Salam wakil syarikat saya tiada menyediakan kelas tutorial dimana lagi boleh kita menghadiri kelas tutorial bagi persediaan menghadapi peperiksaan. Mohon bantuan

    • Salam, tutorial TBE biasanya disediakan oleh pihak syarikat takaful atau mungkin ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu. Awak perlu merujuk kepada syarikat takaful yang ingin awak sertai.

  6. Salam. Saya nak bertanya mengenai talian untuk dihubungi untuk collect sijil lulus exam tbe. Ada sesiapa yg tahu tak? Tq

    • Biasanya kelas Tutorial TBE dikendalikan oleh syarikat-syarikat Takaful. Ada juga ‘Freelance Trainer’ yang menawarkan tutorial TBE. Namun tiada kelas tutorial yang ditawarkan secara terbuka…

      • assalamualakum admin. saya seorang kakitangan kerajaan dan berkhidmat hampir 14 tahun di dalam perkhidmatan kerajaan dan kini bergred 22..adakah boleh saya memohon untuk menjadi agen insuran sedangkan SPM saya hanya 3 credit sahaja..

  7. Salam…sya nak tnya sikit,sya telah ambil exam TBE ni tahun 2010 kemudian sya aktif join dgn syarikat takaful.pada 2011,sya stop.soalan sya,adakah sya masih boleh menjadi agen tanpa mengambil semula exam ni?

  8. saya nak tanya ada seorang yng dtg menawarkan harga RM1500 utk menduduki exam dan mendapatkan lesan,bolehkah saya percaya?sekiranya sijil original SPM saya hilang bolehkah saya menduduki exam dgn membawa fotostat sijil sahaja?

  9. salam…blh tolong send ke email sya cth2 soalan utk menduduki exam takaful beserta jawapan dan dari mana sya nk dptkn utk membuat rujukn sebelum menduduki peperiksaan…

    • Hai Liza MJ, biasanya anda boleh menyertai kelas tutorial TBE yang disediakan oleh syarikat takaful yang anda akan wakili. Sila rujuk kepada bakal ketua agensi anda. Di Mudahtakaful, buat masa sekarang kami memberi fokus kepada bakal Perunding Kewangan Islam yang menyertai Program Apprentice kami.

  10. Tahun lepas sy dah buat exam TBE dan lulus dgn gred C dan sy menyertai MAA Takaful, jika sy nak beralih pada AIA Takaful pula perlu ke sy ambil exam TBE sekali lagi?

  11. Salam. Saya nak tanya, sijil TBE ni valid utk brp lama? Adakah macam SPM (sekali amik blh guna sampai bila2)? Ataupun blh guna utk tempoh2 tertentu sahaja.
    Cthnya kalau katakan saya lulus TBE tahun ini, tapi x terus amik lesen n daftar utk jadi ejen. Bila tahun depan saya nak daftar jadi ejen, adakah sijil TBE saya pada tahun ini masih valid? Ataupun saya perlu reseat TBE?

  12. assalamualaikum..bleh bg tips utk study exam ni…exam khamis ni..tp xstudy lg… mcm mn ye kalo last minute study ni..huhuhu

  13. Assalamualaikum
    Saya dah jadi agt family takaful & insurance selama 12thn.
    Skrg bercadang nk buat general takaful pulak.
    Saya walk-in ke takaful company utk buat enquiry & dptkan info. OIC kata klu dah pass exam baru jumpa kami utk discuss🤔🤔.
    ada suggestion any takaful agency yg cooperative & ikhlas membantu?

  14. Salam. Nak Tanya sekiranya ingin me jade even Takayuki, perlukah seseorang me gambit exam PCE+TBE or just TBE sahaja.

  15. Salam…mcm mana nak register online exam takaful pt b..when the exam schedule for Nov 2016..can I take the exam at Batu Pahat…tqvm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s